Agensi Berita Antarabangsa Ahlul Bait (ABNA): Walaupun misi Global Sumud Flotilla (GSF) berjaya meningkatkan kesedaran global tentang Palestin, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang memperlekehkan perjuangan sukarelawan tersebut. Malah, ada yang secara terbuka menyokong Israel yang melakukan jenayah perang di Gaza.
Individu seperti ini ibarat racun dalam masyarakat kita yang boleh menghancurkan nilai kemanusiaan. Mereka yang berpihak kepada penindas sepatutnya dicabut kewarganegaraan.
Sementara itu, Hamas telah bersetuju dengan pelan gencatan senjata yang dicadangkan Donald Trump, termasuk pembebasan tebusan. Namun, Israel mempunyai rekod buruk dalam mematuhi perjanjian. Pada Mac 2025, mereka melancarkan serangan udara di Gaza yang mengorbankan 400 nyawa hanya beberapa bulan selepas gencatan senjata diumumkan.
Oleh itu, cadangan Presiden Colombia untuk menghantar pasukan pengaman antarabangsa untuk memantau gencatan senjata adalah wajar. Malaysia dan ASEAN perlu menyuarakan perkara ini dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang.
Your Comment